One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Singapura Akhirnya Serah Loji Air Hak Milik Malaysia

TERKINI!! Singapura Akhirnya Serah Loji Air Hak Milik Malaysia

TERKINI!!

Dua loji di Johor yang diuruskan oleh syarikat milik Singapura akan
diserahkan semula kepada kerajaan negeri apabila Perjanjian 1961
mengenai pembekalan air mentah ke negara jiran itu tamat pada 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga,
Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong berkata,
penyerahan itu adalah berdasarkan perjanjian kerana urusan bekalan air
terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri akan memperincikan proses penyerahan loji itu kerana
apabila tiba tahun 2011, maka loji-loji itu akan diserahkan semula
kepada Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari
Pemantauan Air Sedunia Peringkat Kebangsaan di Air Terjun Kota Tinggi
di sini hari ini.

Johor mempunyai 42 loji rawatan air dengan dua daripadanya iaitu Loji
Sungai Skudai dan Loji Sungai Johor diuruskan oleh syarikat milik
Singapura, Public Utilities Board (PUB).

Perjanjian

Selain PUB, tiga lagi pengendali loji adalah syarikat tempatan dengan
majoritinya iaitu 26 buah loji diuruskan oleh Syarikat Air Johor
Holdings Sdn. Bhd. (SAJH).

Berdasarkan Perjanjian 1961, Singapura boleh mendapat 80 juta gelen
air sehari dari kawasan tadahan Pulai, Sungai Tebrau dan Sungai Skudai
di Johor hingga 31 Ogos 2011.

Kedua-dua negara mempunyai satu lagi perjanjian iaitu Perjanjian 1962
yang membenarkan Singapura mendapatkan 50 juta gelen sehari dari
Sungai Johor hingga 28 September 2061.

Kok Hong berkata, proses penyerahan tersebut akan berjalan mengikut
jadual seperti dipersetujui oleh kedua-dua negara.

“Bagaimanapun, dalam urusan ini kerajaan negeri menyerahkan kepada
Wisma Putra dengan kerajaan Singapura kerana ia adalah hal kerajaan
dengan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, Johor bertuah kerana memiliki sumber bekalan air yang
banyak dan negeri ini setakat ini membekalkan air kepada Singapura dan
Melaka.

Menurutnya, Johor tidak bercadang untuk membuka loji baru kerana
kemudahan sedia ada mencukupi untuk keperluan semasa.

No Responses to “Singapura Akhirnya Serah Loji Air Hak Milik Malaysia”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: