One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Skandal “Mismah-gate”: Hampir SEJUTA Lagi Tunggu Giliran!!

Skandal “Mismah-gate”: Hampir SEJUTA Lagi Tunggu Giliran!!

Data-data yang diperolehi begitu menakutkan.

Di Selangor, lebih 150 ribu PATI sudah mendaftar.

Di Pulau Pinang, lebih 32 ribu PATI berjaya “diseludup” masuk ke dalam sistem daftar pemilih Malaysia.

Di Kedah, hampir LAPAN ribu PATI yang berjaya dikesan disumbat sekitar Alor Setar dan Sungai Petani.

Ini semua contoh-contoh terkini, belum lagi negeri-negeri lain yang sama parahnya.

Ini jelas menunjukkan bahawa kedaulatan negara kita sedang terancam.

Bukan Amerika datang nak serang dengan roket “Pah-turut” Umno-APCO yang cuma 200 mangkuk bersembang kat Jalan Bukit Bintang.

Mustahil Australia acah-acah nak bawak suaka politik kalau tak ada sebab-musabab serang negara kita.

Tapi sebenarnya kita sedang diancam oleh kuasa rejim yang berkampung di negara kita sendiri!

Itulah Umno-APCO, yang kepalanya Najib Altantuya dan sepupunya Hishamuddin Hussein yang bertungkus-lumus menjayakannya dengan menjual kedaulatan negara tanpa ada sekatan dari pihak berkuasa yang sudah dirasuah dengan betina dan kongsi gelap.

Ingatlah.

Mismah-mismah ini cuma satu ketul batu yang terpercik ke atas sebongkah ais yang besar.

Tak lama lagi negara kita akan dijajah oleh kebanjiran LEBIH 2.6 JUTA pendatang dari seluruh Asia dan Afrika!

Masihkah kita mahu berpeluk tubuh??

JALAN PULANG

Sambil menegaskan pihaknya tidak meletakkan sebarang keyakinan ke atas pentadbiran Najib bahawa akan menyelesaikan kemelut pengurusan pilihan raya, Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar bersih.

Jika tidak, kata Pakatan Rakyat gelombang Bersih 3.0 akan menyusul.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan, Najib perlu bertindak segera lalu menyelesaikan semua penyelewengan dan konspirasi yang didakwa wujud demi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 termasuk terbaru dakwaan pemberian kad pengenalan MyKad kepada warganegara asing.

Bagaimana beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk Najib menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk isu pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap.

“Apa lagi yang kita boleh harapkan pada perdana menteri, Himpunan Bersih 2.0 pun beliau tak boleh nak tangani, macam mana dengan isu yang terbaru ini (pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap).

“Tapi sebagai pemerintah, beliau perlu bertindak segera… tuntutan Bersih 2.0 juga perlu dilaksanakan malah isu yang baru ini diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13,” kata Salahuddin.

Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergembar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia

Advertisements

No Responses to “Skandal “Mismah-gate”: Hampir SEJUTA Lagi Tunggu Giliran!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: