One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Utusan Meloya SAH Bohong

Video Mohamad Sabu: Utusan Meloya SAH Bohong!!

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mendapati apa yang
dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi
Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar
notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik
balik laporan palsu itu.

“Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan
mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu.

Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan
oleh Utusan itu tidak benar sama sekali,” kata Mohamad Sabu kepada
Harakahdaily.

Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu
kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam
ceramah itu.

“Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama
beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas
membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka,” jelas
Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini
mengenainya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai
ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

“Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos…jadi saya lupa apa yang
tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya
mendengarnya,” kata Mohamad.

Utusan dan pemimpin Umno menyerang Mohamad Sabu dengan tuduhan
kononnya beliau menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis
yang menyerang balai polis itu.

Peristiwa Bukit Kepong terkenal kerana ia telah difilemkan oleh Datuk
Jins Samsudin dengan filem berjodol Bukit Kepong.

Rakaman video Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam
Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan
Harakah Pulau Pinang semalam.

Video itu kemudiannya disampaikan terus kepada Mohamad petang semalam
dan ia dilihat beliau pagi tadi.

Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS
itu dan diberikan kepada Mohamad yang hadir pada majlis berbuka puasa
di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim
Guan Eng petang semalam.

Mohamad dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan akan meneliti
terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya
didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang
bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan
Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang
bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero
sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang
mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam
ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut
mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai
pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Advertisements

No Responses to “Utusan Meloya SAH Bohong”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: