One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

RON95: Rakyat akan ditipu lagi

RON95: Rakyat akan ditipu lagi | Print |
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Rakyat terus ditipu lagi dengan permainan licik kerajaan Umno BN, apabila harga petrol RON95 akan dinaikkan setelah harganya kini begitu membebankan.

Pada hal tiga lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat tidak perlu risaau kerana harga RON95 tidak akan dinaikkan.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, cakap Datuk Ismail Sabri itu bagaimanapun tidak boleh dipakai kerana ia hanyalah untuk mengelirukan rakyat.

Menurut beliau, kenaikan petrol RON95 tidak sepatutnya berlaku kerana jika RON95 dinaikkan ia pasti akan melibatkan bebanan seluruh rakyat.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan RON97 yang hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja, tetapi jika RON95 dinaikkan ia pasti akan turut melibatkan kenaikan harga barangan lain yang pasti akan lebih menghimpitkan lagi kehidupan rakyat pelbagai peringkat.

“Dalam hal ini, saya cukup hairan apabila tiga hari lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri yang mengatakan harga RON95 tak akan dinaikkan, hari ini dia sendiri pula yang minta rakyat bersedia kerana RON95 akan dinaikkan lagi atas alasan kenaikan harga minyak dunia.

“Jadi ini jelas menunjukkan cakap pemimpin Umno yang tak boleh dipakai, cakap orang yang tak ada penelitian, tak tegas dan ternyata hanya untuk mengelirukan rakyat sahaja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama hari ini yang mengatakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta rakyat bersedia dengan kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95.

Menurut Ismail, kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” katanya ketika mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata, kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

“Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu,” katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Beliau juga dilaporkan berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut kesal dan hairan dengan kenyataan Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku.

“Kenyataan itu amat pelik kerana harga minyak dunia sendiri ada turun naiknya. Jadi kenapa pula harga minyak di Malaysia tak ada penurunannya?

“Ini adalah kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut meminta Kerajaan BN mengkaji balik cadangan untuk mengkaji kembali rasionalisasi subsidi kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengurangkan subsidi kepada rakyat.

“Malah dalam apa keadaan sekalipun, rakyat amat memerlukan subsidi dari kerajaan terutama yang melibatkan minyak. Subsidi untuk minyak pula terutama RON95 melibatkan seluruh rakyat.

“Kerajaan BN jangan pula hanya memberikan subsidi kepada pihak tertentu sahaja seperti IPP yang hanya untuk golongan tertentu sahaja, manakala subsidi RON95 yang melibatkan pelbagai peringkat hendak dikurangkan lagi,” katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3317-ron95-rakyat-akan-ditipu-lagi

No Responses to “RON95: Rakyat akan ditipu lagi”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: