One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Umno-APCO Tipu Fakta Kemerdekaan Malaysia

Umno-APCO Tipu Fakta Kemerdekaan Malaysia

1. British memberi kemerdekaan kepada Umno-APCO bukan kepada PKMM atau lain-lain pihak berhaulan kiri kerana Umno-APCO sanggup jilat perlembagaan British.

2. British memberi kemerdekaan kepada Umno-APCO kerana Tunku Abdul Rahman sanggup menghadap Ratu Elizabeth untuk meminta perkenan padahal British sememangnya mahu kesemua negara yang dijajahnya merdeka (setelah menghisap segala hasil mahsul negara terbabit).

3. British sanggup memberi kemerdekaan kepada Umno-APCO kerana hanya Umno-APCO sahaja yang sanggup menurut titah perintah British selepas merdeka (kunun) dan membiarkan kedaulatan negara dijajah dalam bentuk baru (ekonomi, perniagaan, perusahaan dsb).

4. British tidak sanggup memberi kemerdekaan kepada PKMM kerana dianggap sebagai barua komunis, padahal komunis sanggup bergadai nyawa menghalau Jepun semasa Tanah Melayu dijajah tiga tahun lapan bulan.

5. Keengganan British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1945 adalah disebabkan British masih mahu membolot harta kekayaan orang Melayu seperti bijih timah, getah dan koko kerana British telah hampir pokai selepas Perang Dunia kedua.

6. Umno-APCO sanggup menjilat Sir Henry Gurney dan Swettenham kerana beranggapan jawatan kerajaan akan diserahkan kepada mereka padahal sehingga 1965 pun terdapat saki baki pegawai kanan British berkhidmat di Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman hanya Ketua Menteri aka Perdana Menteri boneka semata-mata.

7. British mahukan segala kemudahan terhadap Tanah Melayu bagi melindungi Singapura yang dianggap “anak emas” sedangkan segala bahan mentah dan kekayaan Tanah Melayu digadaikan kepada British melalui pelabuhan Jurong bukannya Pelabuhan Klang.

8. Tunku Abdul Rahman terpaksa mengikut telunjuk British dengan menyerahkan Singapura merdeka pada 9 Ogos 1965 dengan tekanan Lee Kuan Yew padahal Singapura terletak di bawah Kesultanan Johor dan bukannya negeri selat yang didakwa British.

9. Akibat daripada peristiwa 1962 di mana “kekacauan-pra-13 Mei”, Lee Kuan Yew mendesak Tunku agar melepaskan Singapura jika tidak Tanah Melayu akan huru-hara dengan bantuan “perisik British sendiri”.

10. Umno-APCO sememangnya penipu sejak dari zaman 1946 di Istana Besar, Johor Bharu kerana memperjuangkan slogan “Hidup Melayu” padahal pada watu yang sama PKMM dan gabungannya sudah mempelopori slogan “Merdeka” dari British yang takut harta yang dicuri tidak sempat dibawa ke negara mereka.

Umno-APCO Syaitan Besar Dulu, Kini dan Selamanya!!

JALAN PULANG

Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan umno sahaja.

Ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin alHelmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.

Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini.

Sebaliknya yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.

Pada hal kewujudan umno hanyalah kerana menentang Malayan Union 11 Mac 1946. Malahan slogan umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.

Laungan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda.

Maknanya umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan.

Pada hal golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).

[Gambar – para pejuang sebenar menuntut kemerdekaan, bukan Umno…..]

Tentu rakyat bertanya siapa pemimpin umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan?

Ini membuktikan umno ialah anak emas penjajah.

Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara.

Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan umno

Advertisements

No Responses to “Umno-APCO Tipu Fakta Kemerdekaan Malaysia”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: