One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Nurul Izzah dihalang serah bantuan kepada anak yatim


Nurul Izzah dihalang serah bantuan kepada anak yatim

KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar hari ini dihalang memasuki perkarangan sebuah sekolah agama di Pantai Dalam di sini, bagi menyempurnakan penyampaian bantuan kepada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan.

Berikutan halangan Kementerian Pelajaran itu, majlis penyerahan bantuan terpaksa dipindahkan ke Pusat Khidmatnya di Pantai Dalam.

Pada majlis itu, wang tunai RM8,845.35 diserah kepada 48 pelajar merangkumi bantuan berbentuk yuran tahunan, di samping sumbangan beg sekolah kepada mereka.

Bercakap kepada media, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, pentadbiran Sekolah Rendah Agama Sri Pantai menerima surat daripada pegawai kementerian pada hari ini, seterusnya memaklumkan beliau supaya tidak menghadirkan diri.

“Pentadbiran sekolah memaklumkan kepada saya surat yang menghalang ahli politik untuk masuk ke perkarangan sekolah dan melibatkan warga pendidik,” kata Nurul Izzah.

Beliau mempersoal tindakan kerajaan Pusat yang mendiskriminasi Ahli Parlimen pembangkang kerana tidak dibenar memasuki sekolah sebagai tidak adil.

“Jika wakil rakyat Umno, mereka tidak akan mendapat halangan dan boleh memasuki sekolah. Tujuan saya hanya mahu menyumbangkan bantuan ini sahaja,” katanya.

Nurul Izzah berkata, pemilihan pelajar dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan bukan hanya di kalangan keluarga penyokong Pakatan Rakyat sahaja.

“Saya menerima senarai pelajar tanpa mengetahui latar belakang keluarga kerana niat saya untuk membantu mereka meneruskan persekolahan. Itu sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pentadbiran sekolah dalam keadaan tertekan kerana banyak bil tertunggak termasuk bil utiliti sedangkan sekolah itu dikelola Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Sepatutnya Jawi mengambil berat mengenai sekolah-sekolah agama supaya masalah melibatkan kemudahan sekolah dapat diselesaikan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=5537

No Responses to “Nurul Izzah dihalang serah bantuan kepada anak yatim”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: