One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Teh sukat jadi punca kanser

Teh sukat jadi punca kanser

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.

“Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.

“Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.

Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.

Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.

“Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.

“Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan,” katanya.

No Responses to “Teh sukat jadi punca kanser”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: