One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Lawak Mat Boroi belum selesai

Lawak Mat Boroi belum selesai

Hishamuddin Rais
Apr 10, 11
2:01pm
“Datuk T”, Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Anwar Ibrahim. Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan minggu lalu, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah – (petikan dari Malaysian Insider.Com)

Lawak filem Tiga Mat Boroi ini nampaknya belum selesai. Macam-macam yang sempat aku dengar. Macam-macam khabar angin yang sampai. Semua tak boleh dipakai. Semuanya buat kelentong. Semua jual taik minyak. Aku sampai tak kering gusi kerana ketawa membaca berita yang bersangkutan dengan Tiga Mat Boroi ini.

Mulanya aku baca berita tentang Si Mamat yang jadi menteri undang-Undang. Mamat ini suka buat lawak. Dia seorang pakar lawak di Parlimen. Mamat ini pakar lawak sempit. Lawak sempit ini adalah satu genre lawak di mana kalau kita meminati dan percayai dengan lawak ini maka otak kita akan menjadi sempit. Lagi banyak kita dengar lawak ini lagi sempit otak kita.

Contohnya: Pada awalan apabila filem Tiga Mat Boroi ini ditayangkan di Carcosa, si Mamat ini telah berkata bahawa Tuan Pengarah dan Tuan Pengedar filem ini tidak boleh disaman. Ada hukum dan undang-undang yang mempertahankan hak pengarah dan pengedar.

Sehari kemudian si Mamat ini beralih cerita pula. Kali ini dia berkata yang Pengarah dan Pengedar boleh disaman jika dibuktikan filem ini mengarut dan menjadikan penonton sakit perut apabila melihatnya.

Tapi ini belum begitu lawak lagi. Ada satu lagi pelawak yang amat lawak. Si Dol ini mengakui bahawa dirinya adalah pejuang Islam sejati – penjihad Islam. Si Dol ini akan ke hulu ke hilir dengan memakai tarbus Turkinya. Meraban ke hulu ke hilir ini entah apa yang dicarinya.

Di hari pertama Tiga Mat Boroi dibuka di panggung, Si Dol ini telah melalak ke hulu ke hilir mengatakan bahawa jantan dalam filem itu ialah Brad Pitt. Bila diterangkan bahawa ini filem buatan krew Melayu bukan filem Hollywood, si Dol ini tak peduli dia masih berkeras kepala dengan Bradd Pittnya.

Wartawan kemudian bertanya apakah si Dol ini telah menonton filem ini. Jangan terperanjat. Jangan pengsan. Jawapan si Dol ini cukup ilmiah dan berilmu. Cukup dengan nas dan bukti. Lengkap dengan sharawi dan sarkawinya.

‘Saya tak perlu tengok filem porno itu. Ianya haram untuk ditonton. Tapi saya tahu jantan yang sedang …ek ek ek… dengan pelacur itu ialah Bradd Pitt’.

Kalau aku wartawan yang ada berhampiran pasti aku belangkong kepala Si Dol ini. Kalau tak menonton filem ini mana tahu Bradd Pitt yang berlakon. Kalau tak baca buku Satanic Verses macam mana minta buku ini diharamkan. Kalau tak tahu tempoyak mana nak kenal ikan patin.

Pening kepala aku. Memang sahih dalam dunia ini ada macam-macam gila. Bila berhadapan dengan orang kurang akal kita tak mungkin dapat melakukan sesuatu. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa manusia macam si Dol ini wujud. Tak mungkin kita hendak kunci mulut si Dol ini dari bercakap. Kalau kita kunci mulut mungkin si Dol ini akan bercakap dari lubang perut pulak. Ini lagi bahaya, bukan saja cakap tak tentu buah butir malah baunya pun akan busuk lagi membusukkan.

Cerita Tiga Mat Boroi ini tak habis di sini. Dua hari dulu sekali lagi negara jadi heboh. Ini apabila ada seorang Pak Sarjan berkata bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah filem tulen.

Memanglah filem ini filem tulen. Tak ada sesiapa yang mempertikaikan tentang ketulenan filem ini. Apa yang dipertikaikan ialah penonton ingin tahu apakah teknik yang telah digunakan oleh Wira Jantan yang membolehkan dia membuat gerakan Tantrik Yoga di atas ranjang. Ini betul-betul hebat, macam-macam ajaran Kamasutra. Lebih hebat dari 69.

Para penonton sangsi apakah Wira Jantan ini telah diberikan Viagra sebelum adegan ranjang difilemkan. Lalu timbul persoalan di kalangan jantan yang sudah berumur: Apakah semua ini sebenarnya teknologi imej filem yang membolehkan muka dan gerak badan direkacipta.

Adegan ranjang ini juga telah banyak menimbulkan persoalan. Orang ramai memang amat yakin yang filem Tiga Mat Boroi ini filem tulen. Malah keyakinan mereka lebih besar dari Wisma Yakin. Justeru, soal ketulenan tidak timbul di sini. Orang ramai telah sebulat suara bersetuju bahawa tidak mungkin filem ini filem cetak rompak.

Cerita lawak Tiga Mat Boroi ini tidak mungkin habis di sini. Dalam semua lawak, ini aku rasa yang paling terlawak sekali ialah jenaka yang telah dihamburkan oleh Datuk Sk. Lawak ini tidak ada tolok bandingan. Memang betul orang ramai dan penonton kurang arif dari mengetahui siapa sebenarnya Datuk ini. Kita hanya tahu bahawa si Datuk ini adalah orang Siam.

Datuk Sk berkata bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah ‘Anugerah Allah’. Aku terduduk bila membaca ini. Aku pernah dengar orang mendapat Anugerah Bintang Popular, Anugerah Pelakon Terbaik tetapi inilah kali pertama aku dengar sebuah filem telah mendapat Anugerah Allah.

Aku kurang faham, apa maknanya apabila filem Tiga Mat Boroi ini dapat Anugerah Allah? Semua ini persoalan yang memeningkan kepala aku. Tidak cukup dengan misteri Anugerah Allah ini aku juga membaca bahawa Datuk Sk telah berkata bahawa filem ini juga ialah Petunjuk dari Allah.

Nah! Ini lagi memporak-perandakan fikrah aku. Apa maknanya Petunjuk dari Allah?

Nampaknya pada tahun 2011 ini tidak mungkin lagi ada filem yang akan dapat menandingi filem Tiga Mat Boroi. Pengarah-pengarah baru kini banyak yang ‘frust’ telentang setelah puas ‘frust’ menonggeng.

Kini terbukti kemustahilan akan ada pengarah yang akan dapat merentasi keupayaan garapan tim Datuk Sk ini; kecuali pengarah ini bermentorkan pelakon tertentu. Atau dapat kautim dengan kumpulan tertentu yang telah dipilih untuk menjadi hakim penilai kesahihan filem Tiga Mat Boroi.

http://www.malaysiakini.com/columns/161131

No Responses to “Lawak Mat Boroi belum selesai”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: