One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Pengguna Facebook yakin lelaki dalam video bukan Anwar

KUALA LUMPUR: Majoriti pengguna laman web sosial, Facebook berpendapat dan yakin bahawa lelaki dalam video yang kini tersebar di internet bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Individu bernama RhZaaba Putra yang memuat naik video itu di laman sosialnya berpendapat setelah menonton video itu berulang kali, beliau membuat kesimpulan lelaki dalam video itu bukan Anwar.

Menurutnya, video itu juga menunjukan bahawa ia sengaja dirakam dan individu yang berada dalam video itu sedar aksi mereka sedang di rakam.

“Nampak macam shooting filem. Jelas sangat ini lakonan yang diarahkan orang ketiga yang berpakaian penuh.

“Pengarah itu masih sibuk ke hulu-hilir semasa dua pelakon utama sudah pakai tuala.

“Hanya pelakon-pelakon upahan sahaja yang sanggup membiarkan orang ke tiga berada dalam bilik mereka.

“Bila sampai adegan ini. Anda perasan tak, dinding bilik tidur itu ada bayang-bayang macam ada ‘spotlight focus’ pada mereka.

“Kedua-dua pelakun utama itu tahu dan sedar aksi mereka sedang dirakam. Nyata sangat mereka diupah oleh pihak tertentu.

“Datuk T kata Anwar tidak tahu aksinya dirakam. Tapi pelakon lelaki ini tahu aksinya sedang di rakam. Ternyata pelakon itu bukan Anwar,” kata RhZaaba Putra.

Sementara itu, pemilik akaun bernama Fai Zal juga yakin bukan Anwar dalam video itu sambil mengingatkan Islam melarang umatnya melakukan fitnah dan mengaibkan orang lain.

“Allah tidak akan membiarkan orang itu sebegitu sahaja. Allah akan membalasnya dengan setimpal ape (yang) mereka buat dalam keadaan mereka lalai mengaibkan orang itu,” tulis Fai Zal di dalam status Facebooknya.

Pengguna Facebook bernama Azali Rahim pula menyindir trio Datuk T yang didakwanya merakamkan video itu dalam bentuk hitam putih walaupun mendapat peruntukan jutaan ringgit.

“Datuk T itu sengkek (kedekut) sangat ke sampai takde modal nak beli camera high quality? Projek dapat puluh-puluh juta. Takkan tak boleh beli yang ‘HD camera punya. Rating untuk video ni aku bagi -ve 5 star,” kata Azali.

Turut memberi respon video itu ialah pemilik akaun bernama Siti Ribut yang berpendapat pembentukan Suruhanjaya Di Raja hanya membuang masa dan patut ditolak.

“Sudah banyak Suruhanjaya Di Raja di tubuhkan setiap kali berlaku apa-apa isu. Tetapi apa kesudahannya?

“Tidak ke tergantung tanpa noktah. Video ini sah-sah FITNAH,” tegas Siti Ribut.

Bagi penama Lili Rozita, beliau menyeru rakyat Malaysia tidak melayan fitnah video itu yang bertujuan untuk mengalihkan tumpuan Pakatan Rakyat dalam berdepan pilihan raya Sarawak yang ketika ini sedang berlangsung.

“”Sex-sex’ bengong ini tak payah dilayan. Desperado puak BN nak sangat Sarawak menang,” tulis beliau di dalam status Facebooknya.

Berdasarkan rekod, video fitnah itu mula dipertontonkan oleh Datuk T kepada media pada 21 Mac lalu dan hari yang sama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di bubarkan.

Ia mula tersebar di internet semalam selepas Polis mengesahkan video itu tulen, pada hari sama genap Parti KEADILAN menyambut ulang tahunnya yang ke 11./Tranungkite

No Responses to “Pengguna Facebook yakin lelaki dalam video bukan Anwar”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: