One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus

Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus
Posted on Februari 7, 2011

Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

Israel, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

“Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004,” kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.(Malaysiakini)

————————————————————————————————–
TLDM nafi kos beli enam kapal RM6 bilion
February 09, 2011KUALA LUMPUR, 9 Feb – Harga material yang meningkat selain aspek persenjataan dan penderiaan canggih yang dilengkapkan pada enam buah kapal jenis Littoral Combat Ship (LCS), menyebabkan kos pembinaannya tinggi hingga mencecah RM6 bilion, kata Panglima Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata kapal LCS yang akan dibina oleh syarikat tempatan Boustead Naval Shipyard di negara ini dengan kerjasama enam limbungan terkemuka dari luar negara itu, mempunyai keupayaan yang jauh lebih baik berbanding Kapal Peronda Pesisir Pantai (OPV) yang digunakan TLDM sekarang.

“Kos itu merangkumi kos keseluruhan pembinaan kapal termasuk aspek persenjataan canggih, penderiaan dan radar berkeupayaan tinggi dan mempunyai sonar yang dapat mengesan kapal selam musuh.

“Industri pertahanan negara sedang membangun dan banyak bergantung kepakaran negara luar dan ini adalah punca utama kos harga kapal menjadi tinggi,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bahawa harga pembelian enam buah kapal itu adalah 870 peratus lebih mahal berbanding pembelian sama oleh negara lain.

Abdul Aziz berkata kenyataan Pua yang mendedahkan kos pembelian negara lain juga tidak menggambarkan harga sebenar kerana kebanyakan negara tidak akan mendedahkan aset sebenar ketenteraan mereka.

“Selain itu, kos negara luar yang jauh lebih rendah mungkin kerana mereka ada industri pertahanan yang sangat kukuh dan menggunakan kepakaran tempatan dalam penyelenggaraan kapal dan pemasangan sistem penderia dan persenjataan.

“Kos yang diwar-warkan juga tidak menggambarkan keseluruhan kapal, sebagai contoh sesetengan negara tidak memasukkan kos Kerajaan Lengkap Peralatan (GFE),” katanya.

Dalam laporan tersebut juga, Pua turut mendedahkan perolehan OPV bagi Tentera Laut New Zealand hanya berharga NZD$90 juta, namun berdasarkan sumber Kementerian Pertahanan, jumlah sebenar harga OPV dan LSC di negara tersebut masih belum muktamad malah harga yang didedahkan adalah harga sebelum tahun 2004.

“Pua berkata perolehan LSC Tentera Laut Amerika Syarikat juga jauh lebih rendah walaupun berkeupayaan tinggi. Namun sebenarnya menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongresional, perolehan aset tersebut jika diambil kira kos keseluruhan adalah meningkat setiap tahun bermula tahun 2005.

“Perbandingan yang dikeluarkan Pua tidak berasas kerana beliau tidak mengetahui lebih mendalam tentang aspek pembinaan, persenjataan dan pertahanan negara,” katanya.

Abdul Aziz berkata pembinaan kapal tersebut melalui proses tender terbuka yang akan melibatkan 60 peratus barangan tempatan yang akan dibuat dalam dua Rancangan Pembangunan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) selama 10 tahun.

Beliau berkata TLDM sangat memerlukan kapal LCS yang berkeupayaan tinggi dengan mempunyai tiga dimensi iaitu permukaan, udara dan bawah laut untuk mempertahankan perairan negara.

Berbanding OPV yang hanya merupakan kapal pesisir, LCS akan dilengkapi dengan sistem pertahanan yang canggih seperti sistem kawalan dan pemerintahan, sistem peperangan elektronik, sistem penggerak enjin pelbagai kawalan, radar penjejak, radar pengesan tiga dimensi, peluru berpandu dalam laut dan udara dan terpedo anti kapal selam.

Negara lain yang turut menggunakan LCS antaranya, Amerika Syarikat dan England. – Bernama

Advertisements

No Responses to “Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: