One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

MSN susah hati

MSN susah hati
Posted on the February 11th, 2011 under Sukan by Koko Jumbo
MAJLIS Sukan Negara (MSN) bimbang program ‘Road to London’ untuk pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tergugat ekoran isu peletakan jawatan jurulatihnya Datuk Misbun Sidek yang belum berakhir.

Ketua Pengarah, Datuk Zolkples Embong berkata, ketika ini hanya perancangan program Chong Wei tidak cukup konkrit berbanding atlet lain termasuk beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

“Saya sering berhubung dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan dapati Chong Wei tiada program khas selagi isu Misbun tidak diselesaikan. Saya harap isu ini ditamatkan segera demi kepentingan negara,” kata Zolkples ketika dihubungi.

“Saya difahamkan Chong Wei kini bergilir-gilir berlatih di bawah Rashid Sidek dan Tay Seu Bock dan pemain itu mengaku tidak mendapat latihan sebagus kendalian Misbun.
“Kami mahukan perancangan konkrit, kejohanan mana yang perlu Chong Wei sertai sehingga Olimpik bermula.

“Rashid dan Seu Bock tidak boleh membuat program untuk Chong Wei kerana Misbun masih jurulatih pemain itu, kecuali Misbun memberi kata putus tidak mahu lagi bersama BAM,” kata beliau lagi.

Zolkples berasa BAM sudah melakukan segala yang perlu tetapi masih gagal mencapai kata sepakat dengan Misbun.

Biarpun begitu, beliau berharap Chong Wei terus menjalani latihan mengikut program sedia ada supaya tidak merencatkan harapan negara mendapatkan pingat emas di Sukan Olimpik London, 2012.

Isu Misbun bermula sejak beliau menghantar surat peletakan jawatan pada 31 Disember lalu dan selepas sebulan berlalu, isu ini bagai tiada penamat. Pertemuan Misbun dengan presiden, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh yang menampakkan petanda positif selepas jurulatih itu mahu menyelesaikannya dengan membentang program ‘Road to London’ yang beliau rancangkan untuk Chong Wei pada pertemuan dengan Pengarah Prestasi Tinggi Datuk James Selvaraj dan Pengurus Besar BAM, Kenny Goh tapi hingga kini belum menjadi kenyataan.

Menurut sumber, BAM sudah menghubungi Misbun menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) bertanyakan bilakah jurulatih itu mahu bertemu dengan Kenny dan James, tetapi jurulatih itu memberi alasan belum bersedia.

Dengan Olimpik London 2012 hanya tinggal setahun setengah saja lagi, mungkin BAM perlu lupakan saja Misbun kerana beliau bagai tidak lagi berminat untuk ‘merujuk’ kembali bersama majikannya.

Mungkin juga Misbun tidak mahu lagi melatih Chong Wei di BAM, tetapi mungkin di Nusa Mahsuri kerana semua sedia maklum bahawa Misbun dan Chong Wei tidak dapat dipisahkan.

Source: Harian Metro

No Responses to “MSN susah hati”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: