One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Hari Kekasih: Menteri terima ratusan panggilan telefon

Hari Kekasih: Menteri terima ratusan panggilan telefon
11/02/2011 4:30pm

KOTA BHARU – Cadangan ‘kekang aktiviti tidak bermoral’ oleh Pemuda Pas menyebabkan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen menerima ratusan panggilan telefon daripada mereka yang bimbang dengan perkara itu.

Mendedahkan perkara tersebut kepada pemberita di sini hari ini, Menteri Pelancongan itu berkata, panggilan terbabit datang daripada pelbagai pihak termasuk pelancong asing.

“Para pemanggil berasal dari industri pelancongan luar dan dalam negara.

Kenyataan tersebut boleh menyebabkan ketakutan atau kebingungan pada pelancong asing untuk datang ke negara kita dan perkara itu akan membuat mereka berfikir dua kali untuk mempromosikan Malaysia,” katanya.

Ketua Dewan Pemuda Pas Nasrudin Hassan Tantawi sebelum ini dilapor meminta negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang melaksanakan kempen mengekang gejala tidak bermoral pada Hari Kekasih yang disambut masyarakat dunia pada setiap 14 Februari. – Bernama

No Responses to “Hari Kekasih: Menteri terima ratusan panggilan telefon”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: