One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Sampai Bila Mahu Begini? – Skandal ‘PKFZ-like’ Dalam Bikinan – Ketua Audit Negara.

Sampai Bila Mahu Begini? – Skandal ‘PKFZ-like’ Dalam Bikinan – Ketua Audit Negara.

by Dr. Dzul
Dr Dzukefly Ahmad, AJK PAS Pusat.

Laporan Ketua Aduit Negara (KAN) 2009 lewat dibentangkan kali ini. Selalu ia mendahului atau bersekali dengan Bajet. Apa jua disebalik muslihat PM Najib membentangkannya kemudian termasuk ianya tidak mahu membayangi Bajet atau Program Peralehan Ekonomi (ETP)nya, yang pasti ia tidak mengizinkan Ahli Parlimen menggunakan fakta dan maklumat laporan audit dalam perbahasan Bajet 2011.

Walau apa pun, buat kesekian kalinya, Laporan Ketua Audit Negara terus mendedahkan bahawa pentadbiran dan pengurusan kerajaan ini masih belum bebas dengan kepincangan, ketirisan bahkan kebocoran akibat ketidakatuhan, penyalahgunaan kuasa atau paling parah lagi rasuah. Ini melibatkan Kementerian-kementerian Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, jabatan-jabatan, agensi-agensi dan badan-badan berkanun.

Yang paling penting bagi rakyat umum ialah ’Apakah negara ini lebih baik sekarang atau lebih parah lagi dari laporan audit sebelumnya? Di semua segi khususnya pengurusan perbendaharaan dan wang rakyat dari pelbagai cukai langsung seperti pendapatan, cukai tidak langsung, hasil bukan cukai dsbnya. Rakyat ingin tahu. Laporan Audit Negara menceritakan kesemua.

Secara tidak langsung pula umum mengetahui bagaimana tanggapan dunia erhadap prestasi negara dalam hal ini. Contoh ukuran adalah menggunakan kajian oleh pihak antarabangsa contohnya Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Terkini, mengikut dapatan Transparency International (TI-Malaysia), Malaysia mengalami penurunan markah CPI dari 4.5/10 turun 4.4/10. Markah penuh ialah 10 dan 0 paling marah. Kedudukan negara kini tetap pada tangga 56/178.

Laporan Ketua Audit Negara 2009

Disamping menggegarkan rakyat dengan hutang awam ke paras RM362.39 bilion atau bersamaan dengan RM 53.7% KDNK, Laporan Ketua Audit Negara terus membariskan pelbagai kepincangan dan keitirisan. Yang baik ada, samada di Pusat mahupun negeri. Pencapaian-pancapaian itu semua mungkin perlu diiktiraf. Itu memang sepatutnya maka tidak perlu disanjungi sangat. Ya, mereka perlu dicontohi. Namun ia bukan tajuk penulisan ini.

Yang buruk, jelek dan bobrok tidak reda dan masih menebal. Terlalu kelaziman sehingga terbudaya. Ini yang paling ditakuti pemimpin di semua peringkat.

Kalau Laporan Audit Negara dalam 2005 pernah mendedahkan tentang kepincangan awal PKFZ, kini ada satu kes persis PKFZ 2.0. Amat malang ketika didedahkan tentang PKFZ dahulu tidak ada siapa pimpinan kerajaan pun mahu bertindak. Pembangkang memekik macam nak keluar anak tekak seperti veteran YB Lim Kit Siang. Baru-baru ini sahaja semuanya terlondeh, setelah hilang berbilion RM.

Kes Pengurusan Pembangunan Pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia melibatkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bernilai RM243.38 juta adalah ’skandal PKFZ dalam bikinan – ’scandal in the making’. Jalan cerita lebih kurang sama

Projek usahama LKIM dengan Bindforce Sdn Bhd melalui penubuhan Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd (MITP) pada 12 April 2004.

Bindforce Sdn Bhd memegang ekuiti 60% bernilai RM29.05 dan LKIM memegang 40% bernilai RM11.62 juta malaui sewaan tanah LKIM seluas 20 ekar yang bakal dibangunkan. Perjanjian konsesi penswastaan secara Bina-Operasi-Pindah (BOT) selama 30 tahun.

38 juta yang dibiyaibentuk bon daripada OSK Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) mengeluarkan surat sokongan kepada OSK Trustee Berhad pada 15 September setelah mendapat pandangan Penasihat Undang-undang MOA.

LKIM mengeluarkan ”Letter of Undertaking” yang menyatakan dalam Klausa 24 perjanjian konsesi akandikuatkuasakan apabila terdapat ’event of default’ berlaku di pihak MITP.

Pada 6 Januari 2010, OSK Trustees mengisytiharkan ’event of default’ terhadap MITP. OSK menuntut sejumlah RM208.62 juta termasuk faedah. Kerajaan perlu tanggung RM83.45 juta iaitu ekuiti sebanyak 40% di dalam MITP. Perpindahan ekuiti itu juga tidak diambil tindakan oleh MITP.

Implikasi kewangan kini ialah jelas – tanggung pinjaman bon (RM83.45 juta), surat sokongan merupakan liabiliti kepada kerajaan Pusat dan tanah LKIM seluas 20 ekar tidak dapat dituntut kembali kerana telah dicagari MITP dan syarikat MITP kini tidak aktif.

Berapa banyakkah projek-projek ETP dan RMK serta Bajet 2011 yang akan diberi ’jaminan undertakings’ oleh Kerajaan Pusat dalam apa yang kononnya ialah Inisiatif PPP atau Public-Private Partnership Iniatives ????
Kesemua ini adalah ’off-balance-sheet’ budgetting yang akan berkahir dengan perbelanjaan kerajaan Pusat juda dan pastinya ’Pelebaran Desifit Fiskal !!

Selainnya secara terpilih dari (tidak termasuk dari JPM, Pertahanan, Imigresen dsbnya)

Dana Suntikan Fiskal dalam tahun 2008, disalahgunakan untuk membeli barang-barang mewah, contohnya pembalian Candelier, home-teater, karpet, sofa set di Penakalan Udara Labuan yang menelan RM301,900.
KTMB pula, disebabkan kos operasi dan segala kelemahan pengurusan, telah mengalami kerugian 3 tahun berturut-turut serta menanggung kerugian sebanyak RM1.45bilion. KTMB mendapat 4 kali suntikan dana dari kerajaan Pusat sebanyak RM500 juita. KTMB kini mahukan hutang mereka ditukar sebagai pegangan ekuiti kerajaan dalam KTMB.

Tabung PTPTN pula dilaporkan memberi RM23.78 juta kepada 16,013 pelajar tanpa mereka memohon pinjaman tersebut yakni tidak menandatangani perjanjian untuk membayar kembali pinjaman ini. Kini dilaporkan bahawa PTPTN sedang menanggung hutang tak bebrbayar sejumlah RM45.98bilion.

Pengeluaran tidak sah yang melibatkan RM435,850 juga meninggalkan tanggapan buruk oleh pencarum dan bakal pencarum terhadap institusi Tabung Haji.

Amat memalukan apabila laporan Ketua Audit mendedahkan bahawa terdapat amalan pembekalan makanan yang sub-standard di sekolah dan di hospital. Contohnya di Sekolah Jeroko di Lahad Batu, membekalkan sandwich yang tak ada sardin, salad dan tomato. Pelajar-pelajar malang ini hanya dibekalkan roti bersapu margerin sahaja.

PEMANDU yang mendapat peruntukan RM40 juta (?), perlulah memandu dan memantaulah sikit-sikit demi tumbesaran generasi masa depan ini kearah Malaysia Maju 2020(?).

Sampai Bila Mahu Begini?

Advertisements

No Responses to “Sampai Bila Mahu Begini? – Skandal ‘PKFZ-like’ Dalam Bikinan – Ketua Audit Negara.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: