One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Bisakah SPRM ikut model ICAC Hong Kong?

Bisakah SPRM ikut model ICAC Hong Kong?

Written by Faisal Mustaffa

Pengalaman bertemu sendiri dengan salah seorang bekas ahli Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada Nov 14 lepas sempat memberi aku sedikit sebanyak latar belakang suruhanjaya tersebut dan bagaimana ianya telah mengubah persepsi dunia mengenai rasuah di Hong Kong.
Aku berkongsi pendapat bersama Betrand de Speville, individu yang bertanggungjawab menubuhkan ICAC sehingga Hong Kong hampir pulih dari amalan rasuah dan disegani sebagai penentang rasuah dunia.
Sekitar tahun 1960-70an, Hong Kong merupakan salah satu negara yang mempunyai pengalaman korupsi terburuk di dunia. Selepas ICAC ditubuhkan pada 1974, Hong Kong mulai berubah. Hong Kong menjadi negara yang terendah kadar rasuah mereka hasil daripada ICAC 36 tahun beroperasi, serta menjadi contoh kepada negara-negara lain.

Botswana menjadi salah satu negara pertama yang meniru cara Hong Kong pada tahun 1994 dan kini ianya diletakkan pada 25% negara teratas yang bersih mengikut Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dijalankan oleh Transparency International.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sesebuah badan anti-rasuah ini menemui kegagalan atau gagal berfungsi dengan cara sepatutnya. Antaranya ialah faktor politik, realisme dalam objektif dan harapan, visi strategik, undang-undang membendung rasuah, pelaksanaan dasar-dasar dan praktis, keyakinan orang ramai, dan sama ada badan pencegahan rasuah itu boleh kekal dalam pengawalan sesebuah pemasalahan.
Perkara yang sukar untuk dikenalpasti ialah peranan yang dimainkan oleh komuniti penyumbang di peringkat antarabangsa seperti Bank Dunia.
Semua pertuduhan rasuah yang diperolehi, baik dari media, orang ketiga mahupun laporan bertulis secara rasmi perlu disiasat dan disediakan untuk pendakwaan. Sistem dan prosedur yang sedia ada diuji bagi mengelakkan daripada sebarang peluang untuk berasuah. Bagi orang awam pula, mereka perlu dididik berkenaan dengan bahaya korupsi ini dan menyokong sebarang usaha membendungnya. Strategi ini perlu ditanam di semua sektor di dalam komuniti; bukan sahaja di sektor awam.
Badan pencegahan

Pelaksanaan strategi yang dinyatakan perlu dipertanggungjawabkan kepada agensi khusus yang berasingan dengan agensi-agensi lain di dalam pentadbiran. Selain daripada mendapat peruntukan kewangan bagi operasi daripada kerajaan, ia perlu beroperasi secara bebas tanpa mendapat arahan daripada sebarang kuasa seperti pemerintah pada waktu itu.
Masalah bagi negara beraja seperti Malaysia, pesuruhjaya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Ia sepatutnya mempunyai sebuah jawatankuasa khusus bagi pemilihan tersebut dan jawatankuasa tersebut pula terdiri daripada individu-individu yang berwibawa, dan perlantikan jawatankuasa ini dimaklumkan kepada awam.
Kuasa yang diberikan kepada pesuruhjaya mestilah tidak melebihi dua tahun. Bagi penjawat pegawai rendah, maksima 21 tahun dan pegawai atasan selama tiga tahun maksima.

Bagi kakitangan biasa pula, mereka ditawarkan kontrak tahunan tanpa ikatan apabila mereka tidak dapat memberi perkhidmatan yang dikehendaki. Bagi memaksimakan kesetiaan kakitangan dan mengelak daripada kakitangan itu sendiri yang mengamalkan rasuah, mereka diberikan pelbagai kemudahan – pendidikan untuk anak-anak, pembelian rumah dan sebagainya.
Kaedah ini digunapakai supaya kakitangan itu sendiri dihargai seperti sebahagian daripada suruhanjaya, bukannya kakitangan yang memakan gaji setiap bulan. Prospek di dalam kerjaya juga dijamin apabila mereka menunjukkan komitmen dan prestasi cemerlang.

Ada yang berpendapat, cara ini akan menggalakkan pertukaran kakitangan yang agak kerap. Ini mengakibatkan lebih banyak latihan diperuntukkan kepada kakitangan.
Justeru, secara tidak langsung, lebih ramai, sekiranya mereka meninggalkan suruhanjaya mempunyai sedikit sebanyak teori mengenai rasuah dan pengalaman-pengalaman sedemikian akan menular kepada rakan dan-sanak saudara mereka. Maka mereka ini bukan umpama kerani seperti di jabatan kerajaan yang tidak memahami secara mendalam misi jabatan yang mana mereka berkhidmat.
Kerahsiaan
Tahap kerahsiaan dalam siasatan ialah antara ciri-ciri kerja suruhanjaya yang menjurus kepada pancapaian matlamat. Suruhanjaya mestilah memberi sepenuh perlindungan kepada pihak pemberi maklumat agar pemberi maklumat itu boleh memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan.
Mengimbangkan kepentingan awam dalam kebebasan bersuara dengan kepentingan awam dalam menangani rasuah secara berkesan; larangan yang patut dipatuhi hanyalah sehingga siasatan sampai ke penghujungnya, yakni pendakwaan dihantar untuk pengadilan.

Antenna suruhanjaya mestilah sensitif kepada keadaan persekitaran semasa siasatan dijalankan.

Pertamanya, pengadu tidak perlu dihebahkan identiti mereka.
Kedua, pelbagai cara boleh digunakan – telefon, surat-menyurat, e-mail, lawatan. Sebarang kenyataan tidak wajib dikeluarkan.
Ketiganya, suruhanjaya haruslah berhati-hati motif perkara ini dibawa ke suruhanjaya kerana kebanyakan niat hanya untuk menjatuhkan seseorang.
Keempat, bukti sokongan tidak wajib – hanya apabila pemerhatian memutuskan bahawa terdapat syak wasangka. Bagi menyokong fakta ini, perlu dinyatakan bahawa sebarang aduan palsu adalah kesalahan jenayah dan boleh didakwa.
Kelima, aduan secara lisan perlu dikendalikan 24 jam sehari kerana rasuah diadakan tidak kira masa dan tempat.
Keenam, pejabat-pejabat cawangan juga dibolehkan menerima aduan, tidak kira berapa jumlah rasuah yang dilaporkan.
Ketujuh, suruhanjaya mestilah kerapkali mengingatkan orang ramai bahawa aduan yang diterima menjadi rahsia suruhanjaya.
Kelapan, undang-undang yang digubal mestilah termasuk hukuman berat kepada sebarang ugutan, menakut-nakutkan, dan jaminan keselamatan kepada pengadu sebagai saksi.

Secara keseluruhan, perkara di ataslah menjadi kekangan dalam menangani korupsi, keengganan orang ramai untuk bekerjasama dengan suruhanjaya dan keengganan orang awam untuk menyalurkan maklumat.
* Bahagian kedua rencana akan membincangkan mengenai perundangan yang menyokong pembendungan korupsi, pentadbiran ICAC dan peruntukan di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Advertisements

No Responses to “Bisakah SPRM ikut model ICAC Hong Kong?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: