One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

PAKATAN RAKYAT DAPAT BANTUAN DARI SERAWAK

LANUN TERBAIK PEMBANTU PAKATAN RAKYAT

TAIB MAHMUD UMUM TERUS TERAJUI KEPIMPIAN BN – berita hairan

Abdul Taib Mahmud, hari ini mengumumkan secara rasmi kesediaannya untuk terus menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan kerajaan negeri.

Pengumuman tersebut sekali gus menepis spekulasi yang timbul berkaitan dengan kedudukannya berikutan kenyataannya dibuat pada 24 Ogos lalu menyatakan beliau bersedia berundur.

Abdul Taib yang juga Ketua Menteri paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981 itu berkata walaupun ada di kalangan keluarganya tidak bersetuju namun oleh kerana khidmatnya masih diperlukan rakyat akhirnya mereka memahami keputusannya.

“Mereka sekeluarga bersetuju (supaya saya) tidak menghampakan harapan rakyat Sarawak,” katanya di Hangar Hornbill Skyway di sini, hari ini.

“Bagi saya sendiri walau apa pun terjadi saya akan terus menolong negeri Sarawak,” katanya di depan lebih 7,000 orang yang terdiri daripada menteri kabinet negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), penyokong parti komponen BN Sarawak dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Pemimpin yang berusia 74 pada tahun itu, bagaimanapun enggan menyatakan berapa lama beliau akan terus menerajui tampuk pemerintahan negeri namun berkata proses pembentukan satu pasukan bagi menerajui kepimpinan akan datang kini sedang dilakukan.

Advertisements

No Responses to “PAKATAN RAKYAT DAPAT BANTUAN DARI SERAWAK”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: