One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam

Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam
Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri 013 3621236

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa
Rasulullah saw bersabda:
لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه

Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang
Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang
mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.

Ulama berbeza pendapat dalam menyelusuri fiqh (kefahaman) hadis ini.
Kebanyakan mereka memutuskan bahawa haram memulakan ucapan salam
kepada mereka. Sebahagian pula berkata ianya tidak haram tetapi
makruh.

Seorang fuqaha iaitu Abu Sa`ad berpendapat, sekiranya seorang muslim
ingin memberi ucapan hormat kepada bukan Islam dia boleh melakukannya
dengan lafaz yang lain daripada lafaz salam. Contohnya dengan
menyebut: (هداك الله ) maksudnya moga Allah memberi hidayah kepada
kamu atau (أنعم الله صباحك) maksudnya moga Allah memberi anugerah di
waktu pagimu ini. Imam Nawawi menyetujui pendapat ini tetapi dengan
tambahan: sekiranya ianya diperlu. Antara contoh ucapannya bagi Imam
Nawawi ialah ucapan selamat pagi, pagi yang bahagia, pagi yang baik,
moga Allah kurniakan kamu dengan kebahagian di waktu pagi, atau nikmat
di waktu pagi dan seumpamanya. Sekiranya tidak perlu maka pilihannya
ialah jangan mengucapkan apa-apa. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr,
hlm. 311)

Pandangan ini bagi saya sesuai diamalkan oleh umat Islam di Malaysia
pada hari ini. Mereka boleh menyatakan selamat pagi kepada bukan Islam
tanda penghormatan, atau berdoa moga Allah bagi hidayah atau
seumpamanya. Ucapan-ucapan ini boleh mendekatkan mereka dengan bukan
Islam sebagai satu pendekatan dakwah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik
katanya, Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu
`anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya
menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik
(dan ke atas kamu juga).

Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hukum apabila
seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi
ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).

Imam Mawardi menghikayatkan satu wajah di kalangan ashab Syafie iaitu
harus memulakan salam kepada bukan Islam dengan menyebut Assalamu
`Alaik sahaja bukannya Assalamu `Alaikum. Begitu juga boleh menjawab
salam mereka dengan Wa `Alaikum Salam, tapi tidak menyebut
warahmatullah. Imam Nawawi menegaskan bahawa kedua-dua pendapat ini
adalah janggal dan ditolak. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Kesimpulan perbahasan di atas ialah ucapan salam adalah ucapan khusus
untuk umat islam. Justeru, untuk bukan Islam tidak perlu digunakan
lafaz salam tetapi boleh digunakan lafaz-lafaz penghormatan yang lain.

2 Responses to “Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam”

  1. Taniah…semoga camelia akan dapat jalan yg lurus, utk didunia & akhirat

  2. mohon share…thanks in advance~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: