One Malaysia Community
What's happening around Malaysia

Penerangan 1Malaysia guna konsep baru

Penerangan 1Malaysia guna konsep baru
01/11/2009 2:57pm

PENDANG 1 Nov. — Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan akan mencadangkan konsep baru pelaksanaan program Gagasan 1Malaysia di peringkat Parlimen membabitkan semua bangsa bagi mengukuhkan hubungan kaum di Malaysia.

Katanya, mengikut konsep baru itu, UMNO akan terus menjadi peneraju program tersebut dan jawatankuasanya dianggotai semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Saya diberi tanggungjawab oleh Presiden UMNO untuk merangka program Gagasan 1Malaysia dan melihat cara ini lebih berkesan. Ia bukan sahaja merapatkan lagi hubungan kaum malah pertalian antara parti-parti komponen BN.

“Pendang merupakan Parlimen pertama melaksanakan program ini mengikut konsep baru ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gagasan 1Malaysia bagi Parlimen itu di pekan Pendang, di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, konsep baru itu akan dibentangkan pada mesyuarat pengurusan UMNO dan Majlis Tertinggi (MT) parti tidak lama lagi. – Bernama

Advertisements

No Responses to “Penerangan 1Malaysia guna konsep baru”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: